Contoh Esei PT3 Sejarah
Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895 : Ke arah penubuhan Persekutuan yang kukuh
Nama : Haikal Bin Zamri
Pengenalan
Menjelang tahun 1874 British melaksanakan dasar campur tangan secara langsung dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Namun begitu langkah mencampuri urusan dalam negeri Melayu telah bemula lebih awal di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka melalui penubuhan Negeri-negeri Selat dan selepas termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Antara sebab campur tangan tersebut antara lain ialah kebimbangan Inggeris terhadap kuasa Eropah lain yang sedang berada di Asia Tenggara seperti Perancis di IndoChina, Sepanyol di Filipina, Belanda di Indonesia. British tidak mahu kepentingan ekonominya di Negeri Melayu diancam oleh kuasa ini.
Natijahnya British berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan terakhir ialah negeri Pahang. Di keempat-empat negeri ini British melaksanakan sistem Residen sebagai cara pentadbiran atau pemerintahan. Kejayaan British menguasai negeri tersebut banyak disebabkan oleh pertelingkahan antara raja dan pembesar negeri di samping berebut pengaruh dan kuasa.
Namun begitu sistem Residen memiliki beberapa kelemahan yang ketara yang turut disedari oleh British sendiri. Bagi raja Melayu pada masa itu kuasa Residen telah menjadi dominan dalam pentadbiran negeri. Residen mengambil alih kuasa pentadbiran dan pungutan cukai. Hal ini terjadi kerana Residenlah yang menjalankan semua urusan pentadbiran. Nasihat resdien sebenarnya merupakan kata putus yang perlu diikuti oleh sultan. Namun ada sesetengah Residen juga turut
campur dalam isu berkaitan adat resam pembesar dan raja pada masa itu.
Sistem Residen juga bukanlah satu sistem yang terancang kerana kuasa Residen di setiap negeri dilihat berbeza, tidak seragam dan tidak memiliki satu panduan tugas yang sama antara keempat-empat buah negeri ini. Hal ini menyebabkan terdapatnya idea menyatukan pentadbiran keempat-empat negeri ini dalam sebuah pentadbiran.
Idea menyatukan pentadbiran negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan . Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.
Faktor-faktor penubuhan
1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada 1874, Selangor ( 1874 ), Pahang (1888 ) dan Negeri Sembilan(1895 ).Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-undang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut.
2. Menghadkan kuasa Residen
Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen kerana terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Semua undang-undang yang diluluskan mesti ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa.
3. Masalah kewangan Pahang
British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang. Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik.
4. Keselamatan
Sejarawan A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar.
Kesan-kesan
1. Mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896.
2. Residen Jeneral menjadi kuasa pentadbir yang baru
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri.
3. kestabilan ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi,lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Pada tahun 1889 eksport bijih timah dari negeri Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Dan menjadi 700000 tan pada tahun 1904. Ianya berdasarkan faktor penggunaan kapal korek yang digunakan oleh pelabur tersebut.
Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.
4. kemajuan perkhidmatan sosial
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. . Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi).
Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah didirikan .Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. .
BAHAN RUJUKAN PT3 SEJARAH 2015
DI BAWAH MERUPAKAN NOTA SEJARAH TINGKATAN ENAM. ANDA BOLEH MENGGUNAKANNYA SEBAGAI RUJUKAN BAGI MEMBUAT TUGASAN PT 3 SEJARAH 2015.
TINDAKAN
- PRINT
- BACA
- FAHAMKAN
- CARI ISI PENTING
- BUAT CATATAN RINGKAS
- MASUKKAN DALAM PENULISAN TUGASAN PT 3
SEJ T 6 Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896( PERSETIAAN 1895 )
Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896
Pengenalan
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.
Faktor-faktor penubuhan
1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza.
Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial.
2. Menghadkan kuasa Residen
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak.
Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.
3. Masalah kewangan Pahang
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang.
Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini.
Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan British.
Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum diselesaikan.
Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.
4. Keselamatan
A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
5. Dasar British
Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya “Federation Decision of 1895” dan Jagjit Singh dalam bukunya “Administration of the Federation Malay States 1896-1920”.
Kesan-kesan
1. Politik
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut arahan jabatan pusat.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran.
Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British.
Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.
2. Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah.
Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.
3. Sosial
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi).
Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.
Pada hari ini dalam tahun 1896, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor telah bergabung menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbirannya.Usaha untuk menubuhkan Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini bermula menjelang tahun 1892 apabila didapati bahawa Sistem Residen telah tidak sesuai lagi dan tidak dapat memenuhi kehendak pentadbiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Cadangan rasmi yang pertama bagi mengadakan suatu bentuk persekutuan datangnya dari Sir Charles Lucas, seorang Pegawai Tetap di Pejabat Jajahan London dalam bulan Mac 1892 yang telah diasaskan dari perbincangan dengan Frank Swettenham. Penjajah British mendapati bahawa sistem yang paling sesuai bagi negeri-negeri Melayu ialah satu sistem di mana pentadbirannya diseragamkan supaya negeri-negeri yang lebih kuat dan kaya akan dapat membantu negeri-negeri yang lemah dan kurang mewah.
Untuk melaksanakan rancangan ini, pada tahun 1895, Frank Swettenham telah diutus ke negeri-negeri yang berkenaan untuk menerangkan rancangan tersebut kepada Raja-Raja Melayu serta mendapatkan persetujuan mereka. Frank Swettenham telah berjaya mendapatkan persetujuan daripada Raja-Raja berkenaan. Berikutannya satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani di antara Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak Kerajaan British dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Perak; Sultan Suleiman, Selangor; Sultan Mahmud, Pahang; dan Yam Tuan Besar Sri Menanti, Dato Bandar Sungai Ujong, Undang Johol, Undang Rembau dan Tengku Dewa Tampin. Menurut Perjanjian ini, Raja-Raja yang berkenaan bersetuju menempatkan diri mereka dan negeri-negeri mereka di bawah lindungan Kerajaan British dan menjadikan negeri-negeri mereka satu persekutuan yang akan dikenali sebagai Protected Malay States yang akan ditadbirkan dengan nasihat dari Kerajaan British.
Calon
PT3 tahun 2015 dikehendaki melaksanakan tugasan kerja kursus Sejarah
berdasarkan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895
selain perlu menghuraikan beberapa isi penting iaitu Faktor, Kesan dan
Perkaitan dengan Perjanjian Persekutuan.
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek utama
berikut:
(a) Tajuk kajian : *tajuk terpulang pada anda mengikut
kreativiti sendiri*
contoh : Persetiaan Persekutuan 1895
contoh : Persetiaan Persekutuan 1895
(b) Nama penulis - *Nama anda*
(c) Isi kandungan:
1) Pengenalan - Latar belakang Persetiaan Persekutuan
1895
2) Menjelaskan faktor pemeteraian
- Sila nyatakan 4 faktor punca atau sebab berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895
- Sila nyatakan 4 faktor punca atau sebab berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895
3) Menganalisa kesan setiap setiap butiran perjanjian
dalam persetiaan tersebut terhadap negeri-negeri Melayu
- Sila nyatakan 4 kesan persetiaan Persekutuan terhadap Ngeri-Negeri Melayu
- Sila nyatakan 4 kesan persetiaan Persekutuan terhadap Ngeri-Negeri Melayu
4) Hubung kait pembentukan persekutuan dan Kedaulatan
Malaysia.
(d) Rumusan - pengetahuan nilai/unsur patriosme dan harapan
(e) Menyenaraikan sumber rujukan -
buku/internet/akhbar/majalah
PERANCANGAN KERJA
JADUAL KERJA/SENARAI SEMAK
PERANCANGAN KERJA
JADUAL KERJA/SENARAI SEMAK
Bil
|
Tarikh
|
Perkara
|
Catatan
|
1
|
24 Jun 2015
|
Menerima taklimat daripada guru mata
pelajaran Sejarah berkaitan penulisan tugasan
|
|
2
|
24 Jun 2015
|
Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan
tajuk yang diberi sebagai persediaan awal
|
|
3
|
Mengenalpasti cara penulisan tugasan
|
||
4
|
Menentukan tajuk penulisan
|
||
5
|
Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan
menerusi internet, buku, majalah, akhbar, makalah, jurnal untuk mendapatkan
bahan penulisan
|
||
6
|
Menulis kerangka kasar penulisan
|
||
7
|
Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru dengan
lebih teliti dan kemas
|
||
8
|
Menulis pengenalan
|
||
9
|
Menulis Faktor Pemeterian Persetiaan Persekutuan
|
||
10
|
Menulis kesan
Persetiaan Persekutuan terhadap Negeri-negeri Melayu
|
||
11
|
Menulis Perkaitan Pembentukan Persekutuan dengan kedaulatan
Malaysia
|
||
12
|
Rumusan
pegetahuan nilai / unsur unsur patriotisme dan harapan
|
||
13
|
10 Julai 2015
|
Mengemas kini tugasan
|
|
14
|
10 Julai 2015
|
Semak dan hantar tugasan
|
OBJEKTIF KAJIAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kajian ini, saya dapat: *contoh*
1. Menerangkan latar belakang Persetiaan Persekutuan 1895.
2. Menerangkan syarat-syarat Persetiaan Persekutuan.
3. Menerangkan faktor-faktor dengan terperinci pemeterian Persetiaan Persekutuan 1875.
4. Menerangkan kesan terperinci Persetiaan Persekutuan terhadap Negeri-negeri Melayu
5. Menyenaraikan perkaitan terperinci Pembentukan Persekutuan dengan kedaulatan
Malaysia
6. Memberi pengalaman yang bernilai semasa menjalani kajian tersebut.
7. Memberi pemahaman yang luas dan menyeluruh terhadap fakta sejarah.
8. Memupuk semangat patriotisme dalam diri sendiri dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.
KAEDAH KAJIAN
Sebanyak 4 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik, iaitu:
(a) Kaedah analisis dokumen/buku/akhbar
Saya juga turut merujuk dokumen/buku/akhbar dari ............ untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.
(b) Kaedah penyelidikan Pusat Sumber
Saya juga turut mengunjungi Pusat Sumber Sekolah untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya. *Nyatakan jika anda juga melawat Perpustakaan luar dari sekolah, contohnya : Perpustakaan Negara*
(c) Muat turun sumber dari internet
Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.
(d) Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan guru Sejarah, iaitu Puan ………………………….
PROSES AWAL
cari beberapa bahan/sumber seperti buku, majalah, surat khabar ataupun bahan dari internet untuk dibawa ke sekolah. tunjukkan pada guru anda.
KERANGKA KASAR PENULISAN
Bil
|
Tugasan
|
Butiran
|
1
|
Pengenalan
|
· Menjelaskan
syarat persetiaan Persekutuan 1895.
· Mengatakan
tujuan pemeterian Persetiaan.
· Menyenaraikan
struktur Pentadbiran Persekutuan 1896.
|
2
|
Faktor pemeterian
persetiaan persekutuan |
· Menjelaskan
semua faktor dengan terperinci syaratsyarat perjanjian persekutuan 1895 dari
segi politik dan ekonomi
· Faktor seperti
masalah kewangan Pahang, kelemahan sistem residen, menyeragamkan pentadbiran
serta memperlihatkan pertahanan dan keselamatan dan sebagainya.
|
3
|
Kesan persetiaan
persekutuan
terhadap negerinegeri Melayu
|
· Menganalisis
keseluruhan kesan dengan terperinci
· Kesan terhadap
poltik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial
· Kejayaan dan
kelemahan sistem persetiaan persekutuan terhadap negeri-negeri Melayu
· Contoh kesan
seperti pemusatan kuasa residen, kemerosatan kuasa sultan dan kuasa pembesar
Melayu dikurangkan
|
4
|
Perkaitan
Pembentukan
Persekutuan
dengan kedaulatan
Malaysia
|
· Perkaitan
terhadap persekutuan dengan kedaulatan Malaysia
|
5
|
Rumusan
|
· Memberi
pengetahuan
· Iktibar
kepada diri, bangsa dan negara
· Harapan
yang relevan
|
6
|
Rujukan
|
· Buku /
Akhbar / Majalah
· Internet
|
7
|
Lampiran
|
Gambar /peta / dokumen
|
PENGENALAN
Jelaskan latar belakang mengenai Persetiaan Persekutuan 1895 dengan memberi gambaran keseluruhan kandungan penulisan/kajian anda. By the way, sudah banyak contoh yang ada di dalam internet, cuma kesahihan itu tak dapat saya janjikan. jika anda hendakkan sumber yang sah, cari maklumat ini di buku.
Contoh ringkas:
Latar Belakang Persetiaan Persekutuan 1895
Perjanjian persekutuan 1895 telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896 tentang Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang telah disatukan pada 1 Julai 1896. Pusat pentadbiran Persekutuan terletak diKuala Lumpur. Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900).
Antara syarat-syarat perjanjian ialah:
1.Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
2. Raja-raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral
3. Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu
4. Raja-raja bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British
5. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)
Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura)
↓
Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur-tinggal di Carcosa tahun 1898)
↓
Residen
(Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
Dapatkan juga sumber mengenai Persetiaan Persekutuan 1895 dari sebuah buku perjanjian lama di Google Books. ianya sumber rujukan yang paling SAH dan diyakini.
untuk dapatkan info seperti di atas, klik : Old Treaties and Documents of Malaysia, 1971-1965
Contoh lain untuk latar belakang mengenai Persetiaan Persekutuan 1895
FAKTOR PEMETERAIAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN
Anda perlu menyatakan 4 faktor lengkap serta huraian dan contoh. Jelaskan punca/sebab berlakunya pemeteraian "Persetiaaan Persekutuan 1895".
Contoh: (buku teks Tingkatan 2, m/s: 45-46)
(a) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
- Residen tidak diberikan panduan
jelas untuk menjalankan tugas
- Residen menjadi kuasa paling
berkesan - kuasa mutlak
- Pentadbiran setiap negeri tidak
seragam kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza
- Gabenor Negeri-Negeri Selat di
Singapura gagal mengawal kuasa Residen kerana sibuk di Negeri-Negeri
Selat.
(b) Krisis Kewangan Pahang
- perbelanjaan negeri meningkat
kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat
(Dato Bahaman) yang menentang British pada tahun 1891
hingga 1895
- negeri termiskin kerana jumlah
penduduk dan hasil bumi yang kurang
- jika pahang digabungkan dengan
negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan
(c) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
- menjimatkan bayaran
perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor
(d) Mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
- pentadbiran akan dijalankan
mengikut arahan pusat
- sistem pentadbiran, cukai,
undang-undang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan -
menjimatkan kos pentadbiran
- sistem perhubungan seperti
jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat
dimajukan.
- mewujudkan kerjasama ekonomi,
politik dan sosial
(e) Faktor Keselamatan
- mempunyai kemampuan dan
keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan
persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar
- British bimbang kekacauan
seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan
berlaku lagi
(f) Dasar British
- ditubuhkan selepas kejayaan
British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika,
Australia dan New Zealand
- memberi kebaikan politik,
ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu
KESAN-KESAN PEMETERAIAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN
- Residen Jeneral berkuasa dalam
pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
- kerajaan pusat menubuhkan
jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan
Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
- Penglibatan orang-orang Melayu
adalah terhad
- Sultan dikehendaki menurut
nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam
dan adat Melayu)
- Kuasa sultan dan Majlis
Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral
Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan:
- sultan-sultan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu tidak puas hati
- tahun 1897 British bersetuju
menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi
masalah
- ahli-ahli Durbar ialah;
- Pesuruhjaya Tinggi
- Raja-Raja Melayu
- Residen Jeneral
- 4 orang Residen (Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
- Durbar pertama diadakan pada
1897 di Kuala Kangsar, Perak
- Durbar kedua didakan pada tahun
1903 diKuala Lumpur
Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur
- Sultan Perak iaitu Sultan Idris
(1887-1916) mendesak British tentang:
- Pemusatan kuasa di tangan
Residen Jeneral
- Mendesak kuasa Raja-Raja
Melayu dikembalikan
- Mendesak bilangan pegawai
Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan
lebih tinggi
- Mendesak Bahasa Melayu
diiktiraf menjadi bahasa rasmi
Kesan-kesan desakan:
- British menggantikan Durbar
dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
- Jawatan Residen Jeneral
digantikan dengan Ketua Setiausaha
- British bersetuju menyerahkan
semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri
- Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya
Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah Frank Swettenham
sumber : Nota
Sejarah Tingkatan 2
Anda juga boleh melihat huraian lengkap di blog Cikgu Razak
PERKAITAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN DENGAN KEDAULATAN MALAYSIA
Anda boleh menghuraikan isi berikut:
Anda juga boleh melihat huraian lengkap di blog Cikgu Razak
PERKAITAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN DENGAN KEDAULATAN MALAYSIA
Anda boleh menghuraikan isi berikut:
- Kejayaan dalam sistem
pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
- Kejayaan dalam pembangunan
ekonomi
- Peningkatan kemudahan asas dan
kemudahan sosial
Contoh:
Antara perkaitan yang boleh dilihat dalam Pembentukan
Persekutuan 1895 dan Kedaulatan Malaysia adalah, dahulunya Pembentukan
Persekutuan memberikan kuasa sepenuhnya pada Pesuruhjaya Tinggi British.
Manakala urusan seperti ekonomi, kewangan, cukai, dan import eksport pula
semuanya dibawah kuasa seorang Residen Jeneral.
Berbeza dengan Kedaulatan Malaysia kini, tiada lagi kuasa luar yang campur tangan dalam urusan pentadbiran Malaysia. Ianya dikendalikan sendiri oleh seorang Perdana Menteri ang dilantik melalui sistem demokrasi.
Dari segi agama pula, semasa Persekutuan 1895, Islam kekal sebagai agama rasmi dan pihak British tidak boleh campur tangan dalam urusan keagamaan. Ianya terus kekal sehingga zaman Malaysia berdaulat kini, di mana agama Islam kekal sebagai agama rasmi di Malaysia.
Berbeza dengan Kedaulatan Malaysia kini, tiada lagi kuasa luar yang campur tangan dalam urusan pentadbiran Malaysia. Ianya dikendalikan sendiri oleh seorang Perdana Menteri ang dilantik melalui sistem demokrasi.
Dari segi agama pula, semasa Persekutuan 1895, Islam kekal sebagai agama rasmi dan pihak British tidak boleh campur tangan dalam urusan keagamaan. Ianya terus kekal sehingga zaman Malaysia berdaulat kini, di mana agama Islam kekal sebagai agama rasmi di Malaysia.
Anda juga boleh menggunakan beberapa contoh di bawah ini:
RUMUSAN
Contoh rumusan:
Tanpa kita sedari atau tidak, di sebalik peristiwa sejarah yang berlaku di negara terdapat nilai-nilai murni yang sangat berguna untuk kita jadikan pengajaran dan sempadan juga baik untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun telah menyimpan banyak peristiwa sejarah yang perlu dihayati dan dipelajari oleh generasi masa kini. Sesungguhnya nilai-nilai murni memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan pada hari ini agar ia mampu memberikan keamanan dan kesejahteraan negara, agama dan bangsa.
Sejarah sebenarnya telah meninggalkan kita dengan beberapa kisah untuk dijadikan tauladan dan sempadan. Dalam pada itu juga ada banyak nilai-nilai murni yang kita tidak perasan barangkali. Nilai-nilai murni yang ditinggalkan ini sebenarnya sangat berkait rapat dan sangat relevan dengan dunia hari ini. Justeru itu marilah kita menggunapakai nilai-nilai murni tersebut untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita seharian dan pada masa akan datang agar ia menjadi contoh pula kepada generasi baru kita.
Antara Nilai-nilai Murni dalam Pembentukan Persekutuan
- Bekerjasama
- Taat Setia
- Setiakawan
- Persahabatan
- Semangat nasionalisme
- Berusaha
Contoh penulisan sumber & rujukan:
(g)
Sumber rujukan
(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)
(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)
- buku
- internet
- akhbar
- majalah
- orang sumber
a. Buku
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.
contoh:
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.
b. Jurnal
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat.
atau
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid, Article 1. Diperoleh (Tarikh bahan diakses), dari (URL).
contoh:
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960.
c. Ensiklopedia / Wikipedia
dari internet:
Judul artikel (Tahun). Dalam 'Judul Ensiklopedia'. Diperoleh (tarikh diperoleh) dari (url laman web artikel yang diperoleh)
dari buku:
Judul petikan. (Tahun penerbitan). Dalam Judul buku (p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.
d. Akhbar
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat.
atau
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).
contoh:
(Tajuk akhbar) Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Diperoleh Julai 3, dari http://www.utusan.com.my/..../
e. Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun. No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin, 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.
f. Temubual
Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual [Temubual].
contoh:
Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur [Temubual].
g. VCD
Judul VCD. (Tahun penerbitan). [VCD]. Tempat penerbitan: Penerbit.
contoh:
VCD Language and verbal skills. (1976). [VCD]. Virginia: Association for Retarded Citizen.
h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
i. Televisyen
Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul rancangan.Tempat penerbitan: Penerbit.
contoh:
Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel.
j. Majalah
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat.
k. Sumber lain :
artikel dari internet (Jenis sumber, alamat/punca sumber)
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
l. Kamus
Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit.
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.
contoh:
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.
b. Jurnal
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat.
atau
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid, Article 1. Diperoleh (Tarikh bahan diakses), dari (URL).
contoh:
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960.
c. Ensiklopedia / Wikipedia
dari internet:
Judul artikel (Tahun). Dalam 'Judul Ensiklopedia'. Diperoleh (tarikh diperoleh) dari (url laman web artikel yang diperoleh)
dari buku:
Judul petikan. (Tahun penerbitan). Dalam Judul buku (p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.
d. Akhbar
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat.
atau
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).
contoh:
(Tajuk akhbar) Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Diperoleh Julai 3, dari http://www.utusan.com.my/..../
e. Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun. No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin, 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.
f. Temubual
Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual [Temubual].
contoh:
Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur [Temubual].
g. VCD
Judul VCD. (Tahun penerbitan). [VCD]. Tempat penerbitan: Penerbit.
contoh:
VCD Language and verbal skills. (1976). [VCD]. Virginia: Association for Retarded Citizen.
h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
i. Televisyen
Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul rancangan.Tempat penerbitan: Penerbit.
contoh:
Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel.
j. Majalah
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat.
k. Sumber lain :
artikel dari internet (Jenis sumber, alamat/punca sumber)
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
l. Kamus
Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit.
No comments:
Post a Comment